Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Serbu Makmal Memproses Pil Ecstasy

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selain dipercayai menghasilkan Ecstasy, pasangan berkenaan juga disyaki turut mengedarkan dadah jenis heroin dan ketamin berikutan penemuan dua bahan berkenaan dalam pemeriksaan di kondominium Villa P..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-makmal-memproses-pil-ecstasy
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:57 MYT

Batu Pahat - 16 Januari 2010. Kehidupan eksklusif sepasang kekasih di kondominium yang mempunyai pengawal keselamatan konon dapat melindungi kegiatan mereka, tidak menghalang pihak polis darimencekup mereka di kawasan parkir ketika dalam perjalanan keluar dari kediaman berkenaan.

Pasangan kekasih itu dipercayai menjadikan kondominium mereka sebagai lokasi memproses pil Ecstasy yang diyaki untuk dibekalkan ke pasaran tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Selain dipercayai menghasilkan Ecstasy, pasangan berkenaan juga disyaki turut mengedarkan dadah jenis heroin dan ketamin berikutan penemuan dua bahan berkenaan dalam pemeriksaan di kondominium Villa Penggaram. hasil pemeriksaan terhadap dua suspek, polis menemui dadah dipercayai jenis heroin seberat 24.7 gram dan ketamin seberat 10.1 gram. Pemeriksaan  di kondominium pula, pihak polis menemui  dadah jenis heroin seberat 39.1 gram dan serbuk dadah jenis kaffein seberat 743 gram.

Ketua Polis Daerah, ACP Ibrahim bin Mohd Aris berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi Rabu lalau, sepasukan anggota dari Cawangan Narkotik daerah telah menahan pasangan kekasih yang berusia 38 tahun dan 23 tahun di parkir kondominium itu sebelum membawa kepada penemuan makmal memproses dadah.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM