Polis Rampas Dadah 2 3kg Dalam Kotak Bijirin
Kuala
Lumpur - 16 Januari 2010. Taktik seorang pengedar dadah yang cuba
menyembunyikan lebih dua kilogram dadah dalam kotak bijirin tidak
berhasil apabila dihidu pihak polis yang memberkasnya di Jalan Alor,
Rabu lalu.
Hasil
maklumat awam dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis dari Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur telah menahan lelaki berusia 30
tahun yang disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah itu, kira-kira
jam 11 malam. Ketika ditahan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap
itu didapati turut membawa beg galas dan polis menemui 5 kotak makanan
bijirin berisi dadah jenis heroin dan syabu.
Ketua
JSJN Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang berkata, pemeriksaan lanjut
pihaknya mendapati dadah seberat kira-kira 2.3 kg itu diisi dalam
belasan peket plastik lutsinar iaitu masing-masing dalam beg dan kotak
berkenaan.
"Semua
rampasan dianggarkan bernilai RM100,000 merangkumi 2 plastik berisi
syabu seberat 102 gram di dalam beg dan 10 peket heroin seberat 2,231
gram diletakkan di dalam kelima-lima kotak bijirin"
"Selain
positif dadah, pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek yang masih
bujang itu juga turut memiliki rekod jenayah lampau berhubung
penyalahgunaan dadah pada tahun lalu".
Suspek
bergerak aktif di sekitar ibu kota dan Selangor itu bergerak secara
bersendirian sejak 4 bulam lalu dengan menggunakan telefon bimbit
sebagai alat komunikasi bersama pelanggannya.
Suspek telah ditahan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.