Polis Serbu Makmal Memproses Pil Ecstasy
Batu
Pahat - 16 Januari 2010. Kehidupan eksklusif sepasang kekasih di
kondominium yang mempunyai pengawal keselamatan konon dapat melindungi
kegiatan mereka, tidak menghalang pihak polis darimencekup mereka di
kawasan parkir ketika dalam perjalanan keluar dari kediaman berkenaan.
Pasangan
kekasih itu dipercayai menjadikan kondominium mereka sebagai lokasi
memproses pil Ecstasy yang diyaki untuk dibekalkan ke pasaran tempatan
sejak beberapa bulan lalu.
Selain
dipercayai menghasilkan Ecstasy, pasangan berkenaan juga disyaki turut
mengedarkan dadah jenis heroin dan ketamin berikutan penemuan dua bahan
berkenaan dalam pemeriksaan di kondominium Villa Penggaram. hasil
pemeriksaan terhadap dua suspek, polis menemui dadah dipercayai jenis
heroin seberat 24.7 gram dan ketamin seberat 10.1 gram. Pemeriksaan di
kondominium pula, pihak polis menemui dadah jenis heroin seberat 39.1
gram dan serbuk dadah jenis kaffein seberat 743 gram.
Ketua
Polis Daerah, ACP Ibrahim bin Mohd Aris berkata, dalam kejadian jam
8.30 pagi Rabu lalau, sepasukan anggota dari Cawangan Narkotik daerah
telah menahan pasangan kekasih yang berusia 38 tahun dan 23 tahun di
parkir kondominium itu sebelum membawa kepada penemuan makmal memproses
dadah.