Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Sabak Bernam Tumpas Kegiatan Curi Motosikal Pecah Rum

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Turut dijumpai di bengkel itu ialah tiga motosikal lain dipercayai dicuri dan pemeriksaan dalam stor bengkel tersebut menjumpai sebuah CPU komputer dan dua printer, juga dipercayai dicuri,' katanya p..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabak-bernam-tumpas-kegiatan-curi-motosikal-pecah-rum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:59 MYT

SABAK BERNAM, 25 Feb - Polis menumpaskan kegiatan mencuri
motosikal dan pecah rumah dengan penahanan lima lelaki, termasuk tiga di bawah pengawasan dadah, di daerah ini dan merampas lima kenderaan serta komponen komputer bernilai kira-kira RM20,000 pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Noor Mushar Mohamad berkata dalam serbuan pada kira-kira lima petang ke atas sebuah bengkel di Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar, pihaknya menahan empat suspek yang sedang melerai sebuah motosikal.

"Turut dijumpai di bengkel itu ialah tiga motosikal lain dipercayai dicuri dan pemeriksaan dalam stor bengkel tersebut menjumpai sebuah CPU komputer dan dua printer, juga dipercayai dicuri," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata berpandukan maklumat empat suspek itu, pihaknya kemudian menyerbu sebuah rumah di Sungai Air Tawar dan menahan seorang lagi suspek serta merampas motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dilapor hilang.

Noor Mushar berkata pemeriksaan air kencing semua suspek yang berumur antara 20 dan 28 tahun itu mendapati mereka positif dadah, dan tiga berada di bawah pengawasan dadah di daerah tersebut serta dikehendaki melapor diri di Balai Polis Sungai Air Tawar, sebulan sekali.

"Hasil soal siasat, empat suspek mengaku terlibat dalam kes curi motosikal dan pecah rumah, sementara suspek kelima adalah orang yang menyimpan motosikal curi. Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes curi motosikal serta pecah rumah di dalam dan luar daerah ini," katanya.

Katanya, suspek kini ditahan reman sehingga 27 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 kanun sama. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM