Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Pistol 10 Butir Peluru Daripada Seorang Lelaki

Published: 17 Jun 2014 5.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Siasatan awal juga mendapati kereta Mercedez Benz yang dipandu lelaki itu dipercayai dicuri, katanya pada sidang media, di sini hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-pistol-10-butir-peluru-daripada-seorang-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:29 MYT

Kuala Lumpur, 14 Jun - Polis merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang ditahan ketika memandu dalam keadaan mencurigakan di Taman Midah, Cheras di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata lelaki itu ditahan oleh pasukan peronda polis pada pukul 10.30 malam dan hasil pemeriksaan menemukan sepucuk pistol Baretta 9mm bersama 10 butir peluru hidup.

Siasatan awal juga mendapati kereta Mercedez Benz yang dipandu lelaki itu dipercayai dicuri, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis meth tetapi tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya menambah suspek tidak mempunyai permit untuk menyimpan senjata api.

Beliau berkata suspek direman sehingga Rabu ini untuk siasatan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM