Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pahang Tumpas Geng Givah Cuba Larikan Mesin Atm

Diterbitkan: 17 Jun 2014 5.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Siasatan awal juga mendapati lori itu dicuri pukul 8 malam semalam di Jalan Bukit Ubi dekat sini, katanya menambah polis percaya suspek berusia antara 22 dan 34 tahun itu turut terbabit dalam cubaan m..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pahang-tumpas-geng-givah-cuba-larikan-mesin-atm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:48 MYT

Kuantan, 14 Jun - Tindakan pantas orang awam dan kecekapan pihak polis berjaya menumpaskan 'Geng Givah' yang cuba melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM), di Indera Mahkota di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, kumpulan lima lelaki terbabit mengikat kabel pada mesin ATM berkenaan sebelum menariknya dengan menggunakan sebuah lori.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad, perbuatan itu disedari orang awam yang menyergah kumpulan terbabit, menyebabkan suspek panik dan melarikan diri dengan lori tersebut.

Hasil laporan orang awam, polis berjaya memberkas empat daripada mereka berhampiran masjid Indera Mahkota, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian, manakala seorang lagi ditahan di sebuah rstoran di Jalan Haji Ahmad tidak lama kemudian, katanya pada sidang media, di sini.

Menurutnya siasatan awal mendapati mesin ATM itu mengandungi wang berjumlah RM84,000.

Siasatan awal juga mendapati lori itu dicuri pukul 8 malam semalam di Jalan Bukit Ubi dekat sini, katanya menambah polis percaya suspek berusia antara 22 dan 34 tahun itu turut terbabit dalam cubaan melarikan sebuah mesin ATM di Bukit Goh pada 4 Jun lepas.

"Tiga daripada suspek terbabit berasal dari Kuantan, seorang masing-masing dari Kuala Lumpur dan Kota Baharu, Kelantan," katanya.

Zakaria berkata polis turut merampas topeng muka, sarung tangan, tukul dan kabel.

"Siasatan turut mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 5.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM