Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Mercun Bernilai Rm22 000

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan seorang wanita dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang bernilai RM22,000 dalam satu operasi di Kampung Batu 18 3/4 Jalan Kubur Panjang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-mercun-bernilai-rm22-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:59 MYT

PENDANG, 15 Ogos 2010 -- Polis menahan seorang wanita dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api yang bernilai RM22,000 dalam satu operasi di Kampung Batu 18 3/4 Jalan Kubur Panjang di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata dalam serbuan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang ke atas sebuah rumah yang tidak bernombor di kawasan itu kira-kira pukul 2 pagi, polis menemui mercun dan bunga api yang bernilai kira-kira RM2,000.

Beliau berkata suspek wanita berusia 37 tahun itu ditahan selepas dia gagal menunjukkan lesen bagi pelbagai jenis mercun dan bunga api yang ditemui di ruang tamu rumah itu.

"Suspek merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai empat orang anak. Wanita itu ditahan selepas gagal menunjukkan lesen bagi membolehkan dia menjual dan mengedar mercun dan bunga api itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di IPD Pendang di sini Ahad.

Katanya selepas diperiksa polis menemui kira-kira 10 beg plastik berwarna putih yang sarat berisi pelbagai mercun dan bunga api yang bernilai RM20,000 di sebuah pondok kira-kira 500 meter dari rumah suspek wanita itu, namun pondok itu tidak berpenghuni.

Abdul Aziz berkata jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM