Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

14 Gro Asing Ditahan

Diterbitkan: 16 Jun 2014 12.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 14 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/14-gro-asing-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 06:28 MYT
GEORGE TOWN, 14 Ogos 2010 -- Seramai 14 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney Sabtu awal pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata ketika serbuan pada 1.30 pagi itu kesemua GRO berkenaan bertindak melarikan diri dan dua orang daripadanya cuba bersembunyi di belakang mesin basuh yang terletak di bahagian dapur premis berkenaan.

"Kesemua GRO itu berjaya diberkas dan pemeriksaan awal mendapati mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tidak memiliki pas perjalanan yang sah.

"Polis mendapati premis itu juga telah memasang lampu isyarat amaran di setiap bilik bagi memudahkan GRO melarikan diri ketika serbuan," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Gan berkata 12 GRO warga China dan dua GRO warga Vietnam itu kini ditahan di Depoh Tahanan Juru bagi membantu siasatan.

Beliau berkata serbuan dilakukan oleh pasukan D7, Ibu Pejabat Polis Timur Laut selepas polis membuat intipan selama beberapa hari selain mendapat maklumat orang awam.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Selain itu katanya pemilik premis akan di siasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 12.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM