Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Kokain Bernilai Rm1 7 Juta

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seorang wanita yang hamil 2 bulan, berusia 22 tahun di tahan di Hentian Puduraya ketika hendak ke Haaadyai, Thailand dengan membawa dua bingkai gambar mengandungi 2,046 gram dadah kokain bernilai RM1...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-kokain-bernilai-rm1-7-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:54 MYT

Kuala Lumpur - 7 September 2009. Seorang wanita yang hamil 2 bulan, berusia 22 tahun di tahan di Hentian Puduraya ketika hendak ke Haaadyai, Thailand dengan membawa dua bingkai gambar mengandungi 2,046 gram dadah kokain bernilai RM1.7 juta.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang, tangkapan terbabait merupakan hasil maklumat risikan dan kerjasama pihaknya dengan Polis Thailand.
"Suspek yang bekerja sebagai jurujual produk kesihatan di bangkok sudah dua kali memasuki negara ini pada bulan mac dan September, menyeludup dadah dengan menyembunyikannya di bawah bingkai gambar. Suspek yang bergerak sendirian dari Thailand ke Amerika Latin sebelum masuk ke negara ini. Bekalan dadah kokain itu diperolehi di Amerika latin dan diedar ke negara ini dan Thailand".

Polis juga turut merampas pelbagai jenis mata wang asing, pasport wanita itu di mana ia pernah pergi ke Lima, Peru sebanyak dua kali dan Dhaka, Bangladesh.

Sindiket antarabangsa ini didalangi warga Afrika dan bertapak di Bangkok. Modus operandi yang asam iaitu menggunakan kaum wanita Thailand dan Filipina sebagai pembawa bekalan dadah dengan upah AS$ 3,000 (RM 10,596). Suspek ditahan reman dan akan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Daha Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM