Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Seludup Masuk Heroin Rm300 000 Gagal

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Shah Alam: Polis mematahkan satu lagi cubaan seorang wanita warga Indonesia membawa masuk heroin seberat 3.4 kilogram dianggar bernilai RM300,000 malaui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLI..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-masuk-heroin-rm300-000-gagal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:25 MYT
Shah Alam: Polis mematahkan satu lagi cubaan seorang wanita warga Indonesia membawa masuk heroin seberat 3.4 kilogram dianggar bernilai RM300,000 malaui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata dalam kejayaan jam 8 pagi itu, polis yang memantau penumpang dari Bangalore, India, mengesan gerakgerinya yang mencurigakan ketika mengambil beg pakaiannya.

Beliau berkata, pihaknya terus menahan wanita itu dan membawa beg berkenaan ke mesin pengimbas. Sebaik diperiksa, kami menemui ruang rahsia pada bahagian bawah beg itu yang diubah suai dan mengandungi satu paket plastik berisi bahan dipercayai heroin nombor 4 seberat 3.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM300,000.

Berikutan itu, wanita berusia 27 tahun yang tidak bekerja ditahan reman sehingga 22 September ini untuk membantu siasatan.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM