Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 10 000 Karton Rokok Seludup Bernilai Rm250 000 Di Kota Tinggi

Published: 17 Apr 2015 12.04 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 17 April - Polis Kota Tinggi merampas 10,000 karton rokok seludup bernilai RM250,000 melalui pemeriksaan ke atas sebuah lori di Kampung Jawa, awal pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-10-000-karton-rokok-seludup-bernilai-rm250-000-di-kota-tinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:48 MYT

 

Kota Tinggi, 17 April - Polis Kota Tinggi merampas 10,000 karton rokok seludup bernilai RM250,000 melalui pemeriksaan ke atas sebuah lori di Kampung Jawa, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata seorang pemandu lelaki tempatan berusia 37 tahun juga ditahan dalam pemeriksaan pukul 2.30 pagi itu.

"Sebelum ditahan dan diperiksa, lori itu dipandu laju dalam keadaan yang mencurigakan dari arah bandar Kota Tinggi menuju ke Batu Ampat.

Sepasukan polis yang melihat kejadian itu ketika melakukan rondaan bertindak mengejarnya dan dapat menahannya di hadapan sebuah surau Kampung Jawa di sini," kata Rahmat dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi hari ini.

Rahmat berkata polis menemui sebanyak 200 kotak rokok berjenama Canyon di dalam lori itu, yang mana setiap daripada kotak itu pula mengandungi 50 karton rokok.

"Polis percaya kesemua rokok ini dibawa masuk dari negara jiran melalui jalan laut sebelum barangan dilabuhkan di pesisiran pantai.

"Kesemua barangan rampasan dirujuk ke Kastam Diraja Malaysia manakala pemandu dan lorinya dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut," katanya.

BERNAMA

ArticlePublished 17 Apr 2015 12.04 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM