Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

23 Gro Warga Asing Ditahan Di Kepong

Diterbitkan: 17 Apr 2015 12.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 23 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di dua premis hiburan di Kepong, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/23-gro-warga-asing-ditahan-di-kepong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:06 MYT

 

Kuala Lumpur, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 23 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di dua premis hiburan di Kepong, awal pagi tadi.

Ketua Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, ASP Ibrahim Husin berkata kesemua wanita berumur antara 23 dan 28 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.15 pagi.

Mereka terdiri daripada warga Vietnam, Thailand, Myanmar, China dan Laos dengan enam daripada mereka tidak mempunyai pasport, katanya ketika dihubungi Bernama.

"Selain itu, polis turut menahan dua lelaki warga China disyaki bertindak sebagai pengurus premis berkenaan," katanya di sini.

Beliau berkata pemeriksaan di kedua-dua buah premis itu mendapati ia telah beroperasi hampir lima tahun dan mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Katanya, hasil siasatan mendapati premis itu menyediakan perkhidmatan GRO warga asing tanpa permit disyaki untuk tujuan pelacuran.

Ibrahim berkata ketika serbuan kesemua wanita sedang sibuk melayan pelanggan dan bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis.

"Ia merupakan hasil aduan orang awam dan bertindak atas maklumat itu, polis membuat pemerhatian seminggu," katanya.

Katanya, kesemua wanita berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1) Akta Imigresen dan Seksyen 39B Peraturan Imigresen.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Apr 2015 12.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM