Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tumpas Geng Curi Kenderaan Kumpulan Kenot

Diterbitkan: 17 Apr 2015 12.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jerantut, 17 April - Polis Jerantut menumpaskan 'Kumpulan Kenot' yang dipercayai aktif mencuri kenderaan di sekitar negeri ini, pada 10 April lepas dengan penahanan 10 anggota kumpulan itu termasuk dalangnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpas-geng-curi-kenderaan-kumpulan-kenot
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:14 MYT

 

Jerantut, 17 April - Polis Jerantut menumpaskan 'Kumpulan Kenot' yang dipercayai aktif mencuri kenderaan di sekitar negeri ini, pada 10 April lepas dengan penahanan 10 anggota kumpulan itu termasuk dalangnya.

Ketua Polis Jerantut, Supt Azid Ismail berkata, kumpulan itu mencuri kenderaan bagi tujuan mencuri lembu dan pecah rumah.

"Selain penahanan 10 orang suspek termasuk seorang wanita, polis turut merampas tujuh buah kereta, dua buah motosikal dan sebuh kenderaan pacuan empat roda," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, hari ini.

Anggota kumpulan itu akan menggunakan kenderaan curi itu untuk mencuri lembu di kawasan ladang dan kemudian mereka akan membakar kenderaan yang dicuri bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa, katanya lagi.

Azid berkata, kesemua suspek yang berusia antara 20-an hingga 30-an itu kini direman di lokap IPD Jerantut selama seminggu dan disoal siasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan.

Siasatan polis juga mendapati kesemua suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau, kata beliau.

"Dengan penahanan kesemua suspek berkenaan pihak polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian kenderaan yang dilaporkan berlaku di sekitar negeri ini," katanya.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Apr 2015 12.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM