Polis Pulau Pinang Tahan 18 Individu Dalam Op Cantas Khas
Georgetown,
14 Sept - Polis Pulau Pinang menahan 18 individu termasuk tujuh wanita
warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Op Cantas Khas yang dijalankan
di lima pusat hiburan di seluruh negeri awal hari ini.
Sebanyak
14 pasukan polis terdiri daripada pegawai dan anggota terbabit dalam
operasi tujuh jam berakhir pukul 3 pagi ini di Seberang Perai,
Queensbay, Persiaran Gurney dan sekitar pusat bandar.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata empat daripada
suspek lelaki berusia antara 20-an dan 30-an disyaki anggota geng 04
berdasarkan lambang tatu pada badan mereka.
"Lapan
lelaki ditahan untuk siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959
manakala tujuh wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan
pelanggan ditahan atas kesalahan imigresen," katanya ketika ditemui di
lokasi kejadian.
Beliau
berkata beberapa paket dadah pelbagai jenis ditemui bertaburan di atas
lantai dipercayai sengaja dicampak pengunjung pusat hiburan yang
menyedari kehadiran polis.
Mazlan
berkata polis turut menjumpai tiga batang rotan sebesar pergelangan
tangan dan tiga cota di dalam sebuah premis di Persiaran Gurney
dipercayai digunakan sebagai senjata pergaduhan.
Sementara
itu, Mazlan berkata polis turut merampas 12 set komputer yang diubah
suai menjadi mesin judi dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di
Seberang Perai Selatan serta menahan tiga lelaki atas kesalahan
perjudian.
Katanya
seorang pemilik premis boleh didakwa mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah
Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda RM10,000 bagi setiap mesin
judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain
itu, dua pemain judi akan siasat mengikut Seksyen 7 (2) akta sama yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda tidak
melebihi RM5,000.
Sumber : BERNAMA