Polis Perak Tahan Tiga Individu Dipercayai Anggota Kongsi Ge
Ipoh,
14 Sept - Polis Perak menahan tiga individu dipercayai anggota kumpulan
kongsi gelap ketika serbuan dalam Op Cantas Khas di Taman Harmoni,
Buntong di sini malam tadi.
Ketua
Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata operasi selama empat jam
bermula pukul 9 malam itu hasil risikan polis serta permintaan penduduk
di sekitar kawasan itu.
Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti kumpulan kongsi gelap yang disertai mereka.
Sum
berkata dalam operasi itu polis memeriksa 223 individu serta 45 buah
kenderaan dan daripada jumlah itu lapan orang dibawa ke balai polis
untuk dokumentasi.
"Lapan lelaki ini mempunyai tatoo di badan serta memiliki senjata dan dalam senarai dikehendaki polis," katanya.
Ops
Cantas itu melibatkan 192 pegawai dan anggota polis terdiri daripada
Pasukan Gerakan Am, Jabatan Siasatan Jenayah serta anggota trafik.
Sumber : BERNAMA