Geng 36 Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis
Buku
dengan ruas. Itulah yang dapat digambarkan kepada situasi berbalas
tembakan antara pihak polis dengan dua anggota kumpulan kongsi gelap
yang telah maut dalam insiden terbabit. Anggota kumpulan Geng 36 yang
diburu sejak dua tahun lalu terlibat dalam tujuh kes bunuh telah maut di
tempat kejadian berhampiran pasar raya Tesco, Cheng, Melaka. Salah
seorang penjenayah tegar itu merupakan bekas tahan Ordinan Darurat.
Pemeriksaan
lanjut terhadap suspek menemui dua pucuk pistol automatik, sejumlah
ganja dan lencana integriti Polis Diraja Malaysia yang disyaki untuk
menyamar ketika melakukan jenayah. Semakan terhadap salah seorang suspek
mempunyai 10 rekod jenayah di mana salah satunya cubaan membunuh di
Johor manakala seorang lagi suspek mempunyai satu rekod berkaitan dadah.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo