Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pahang Tumpaskan Sindiket Seludup Rokok Bernilai Rm2 J

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUANTAN, 1 Okt (Bernama) - Polis Pahang berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok kretek bernilai kira-kira RM2 juta menerusi beberapa serbuan pada Isnin lepas sehingga semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pahang-tumpaskan-sindiket-seludup-rokok-bernilai-rm2-j
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:09 MYT

KUANTAN, 1 Oktober 2009 (Bernama) - Polis Pahang berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok kretek bernilai kira-kira RM2 juta menerusi beberapa serbuan pada Isnin lepas sehingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supt Zulkifli Taha berkata sepasukan pegawai dan anggota Polis Marin Kuantan berjaya mengesan sebuah lori dipercayai terlibat dengan penyeludupan rokok itu di KM 38 Jalan Gambang-Maran dekat Kuantan pada Isnin.

Beliau berkata dalam kejadian pada 8.45 pagi itu, polis berjaya merampas sebuah lori dan 14,800 karton rokok kretek pelbagai jenis bernilai RM1.7 juta.

"Pemandu lori tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran jalan sebaik sahaja kereta peronda Polis Marin menghimpit lorinya," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lori itu adalah lori dicuri di Klang, Selangor pada tahun 2006.

Zulkifli berkata hasil siasatan lanjut, polis membuat dua serbuan di sebuah rumah dan sebuah pasar raya di Taman Kurnia Jaya Tiga dekat sini, semalam.

Katanya dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dan merampas 750 karton rokok kretek pelbagai jenis di dalam rumahnya pada pukul 5.30 petang.

Dalam serbuan kedua pada 7.30 malam, beliau berkata polis berjaya menahan seorang peniaga sebuah pasar raya berusia 40 tahun di kawasan sama dan merampas 70 karton rokok pelbagai jenis yang jumlah keseluruhannya bernilai kira-kira RM2 juta.

"Polis akan melakukan siasatan lanjut kes itu dan ia akan dirujuk kepada pihak Kastam (Diraja Malaysia)," katanya

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM