Malaysia Cadang Jalin Kerjasama Baharu Dalam Bidang Keselama
Jakarta,
14 Jun - Malaysia mencadangkan kerjasama baharu dengan Indonesia di
bidang keselamatan siber dengan Indonesia dalam usaha kedua-dua negara
memerangi jenayah siber.
Cadangan
itu, yang dibuat Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi, akan membabitkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Indonesia.
Jenayah
siber kini merupakan satu cabaran baharu di bidang keselamatan dan ia
berkait rapat dengan jenayah perdagangan seperti pengubahan wang haram,
pecah amanah dan pengelakan cukai," katanya di sini.
Ahmad
Zahid berada di sini dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia
selepas dilantik Menteri Dalam Negeri Malaysia yang baharu.
Beliau
turut bertemu Ketua Polis Indonesia Jeneral Timur Pradopo pada Khamis
dan dalam pertemuan itu, mereka membincangkan usaha meningkatkan lagi
hubungan kerjasama antara PDRM dan Polis Indonesia bagi berdepan cabaran
jenayah alaf baharu.
"Saya
ingin memaklumkan bahawa PDRM dan Polis Indonesia mempunyai hubungan
kerjasama yang baik dan erat, terutama di peringkat operasional.
"Bagaimanapun,
hubungan kerjasama ini perlu ditingkatkan lagi dalam menghadapi cabaran
jenayah alaf baharu," katanya di sini, Jumaat.
Hari ini, Ahmad Zahid bertemu Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro dan Menteri Dalam Negeri Indonesia Gamawan Fauzi.
Dalam
kerjasama menangani masalah jenayah, beliau meminta Polis Indonesia
berkongsi pangkalan data Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan PDRM dan
Jabatan Imigresen Malaysia.
"Perkongsian
maklumat ini akan memudahkan semakan biodata calon-calon TKI yang
datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan," katanya.
Ahmad
Zahid berkata Malaysia dan Indonesia akan turut mempertingkat kerjasama
dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dadah.
"Malaysia
yang menghadapi masalah sebagai pusat transit penyeludupan dadah dari
Iran, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
akan berkongsi maklumat dengan Polis Indonesia bagi membanteras
penyeludupan dadah di rantau ini," katanya.
Beliau
juga berkata kerjasama kedua-dua negara sangat signifikan dalam
menangani jenayah bentuk baharu seperti jenayah rentas sempadan yang
semakin sofistikated serta memerlukan pencegahan dan pengesanan awal
yang berkesan.
- BERNAMA