Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Muar Nafi Berlaku Kes Culik Babitkan Dua Beradik

Published: 01 Dec 2015 11.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis daerah ini menafikan laporan berlakunya kes culik membabitkan dua beradik ketika sedang bermain di perkarangan rumah mereka di Jalan Junid di sini seperti yang disebarkan dalam media sosial ketika ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-muar-nafi-berlaku-kes-culik-babitkan-dua-beradik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:22 MYT

Muar, 1 Dis - Polis daerah ini menafikan laporan berlakunya kes culik membabitkan dua beradik ketika sedang bermain di perkarangan rumah mereka di Jalan Junid di sini seperti yang disebarkan dalam media sosial ketika ini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata, sebaliknya kejadian sebenar ialah kanak-kanak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia lima dan enam tahun itu telah diambil oleh ibu kandung mereka sendiri.

"Ini bukan kes culik kerana apa yang berlaku semasa dua adik beradik
tersebut bermain di halaman rumah datang sebuah kenderaan warna gelap di hadapan rumah mangsa, lalu keluar seorang perempuan berjubah hitam membawa dua kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta berkenaan," katanya.

Kejadian yang berlaku tengah hari semalam menjadi viral hingga menimbulkan keresahan orang ramai setelah cerita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai spekulasi.

Sehubungan itu Azman berkata, siasatan mendapati tidak berlaku penculikan dan perkara itu adalah berkaitan masalah rumah tangga keluarga tersebut.

Katanya, dua beradik sebelum itu berada di bawah jagaan bapanya dan sebelum kejadian, ibu kandung mereka telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek, Sepang, Selangor untuk mengambil anak-anaknya.

Sehubungan itu, Azman meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran kejadian berkenaan termasuk tidak lagi menyebarkan pelbagai perkara tidak benar kerana ia akan mengganggu siasatan.

Azman berkata, mereka yang mempunyai maklumat sepatutnya mempunyai tanggungjawab dengan tampil membantu siasatan serta memberi keterangan kepada pihak polis.- BERNAMA

ArticlePublished 01 Dec 2015 11.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM