Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Wan Ahmad Najmuddin Dilantik Ketua Polis Johor Yang Baharu

Diterbitkan: 01 Dec 2015 11.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato' Wan Ahmad Najmuddin Mohd dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-wan-ahmad-najmuddin-dilantik-ketua-polis-johor-yang-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:25 MYT

Johor Bahru 1 Dis - Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato' Wan Ahmad Najmuddin Mohd dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Dato' Wan Ahmad Najmuddin, 57, mengambil alih tugas berkenaan daripada Ketua Cawangan Khas Kontinjen Johor, Dato' Ramli Hassan yang memangku jawatan Ketua Polis Johor sejak 3 Nov lepas.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah.

Majlis terbabit turut menyaksikan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Johor daripada Datin Mahizah Abd Malik kepada Datin Musalma Mohd Saman yang disaksikan Pengerusi Perkep Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datin Noraini Abdul Jalil.

Dato' Wan Ahmad Najmuddin yang berasal dari Besut, Terengganu, berkata beliau akan menumpukan kesejahteraan rakyat selain berusaha membanteras jenayah di negeri ini.

"Saya berazam meneruskan usaha yang dilakukan bekas Ketua Polis Johor terdahulu bagi menurunkan kadar jenayah di negeri ini dengan beberapa perancangan termasuk mengadakan perjumpaan dengan komuniti setempat.

"Berkenaan kesejahteraan rakyat, saya akan bincang secara terperinci mengenainya bersama kepimpinan polis kontinjen Johor dalam masa terdekat," katanya yang berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1979. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 01 Dec 2015 11.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM