Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Nafi Sahkan Kejadian Curah Minyak Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

Diterbitkan: 01 Dec 2015 11.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis hari ini menafikan terdapat kegiatan mencurah minyak ke atas jalan raya di Kilometer 72 hingga 74 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sebagaimana yang didakwa pihak tertentu dalam laman sosial Facebook 'Kelab Info Trafik'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-sahkan-kejadian-curah-minyak-di-lebuh-raya-kuala-lumpur-karak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:52 MYT

Kuantan, 1 Dis - Polis hari ini menafikan terdapat kegiatan mencurah minyak ke atas jalan raya di Kilometer 72 hingga 74 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sebagaimana yang didakwa pihak tertentu dalam laman sosial Facebook 'Kelab Info Trafik'.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata pihak polis juga tidak mengesahkan insiden itu dan sehingga kini, polis tidak menerima sebarang aduan yang khusus berkaitan perkara itu.

"Bagaimanapun, pihak polis akan memantau dan menjalankan siasatan ke atas perkara ini, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan perlahankan kenderaan di laluan yang berselekoh," katanya kepada Bernama di sini.

Mohamad Mansor turut meminta para pengguna lebuh raya supaya mematuhi had laju yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kenderaan hilang kawalan sekiranya dipandu laju terutamanya semasa hari hujan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 01 Dec 2015 11.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM