Polis Marin Tangkap Warga Sri Lanka Afghan Dan Pakistan Di
JOHOR
BAHARU, 26 Januari 2012 (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua
menyerbu kawasan kebun kelapa di Tanjung Siang, Kota Tinggi dan
menangkap 16 pendatang tanpa izin (PTI) yang cuba keluar daripada
Malaysia secara haram, awal Khamis.
Ketua
Bahagian Risikannya DSP Rosman Ismail berkata mereka yang ditahan dalam
serbuan pada pukul 4.30 pagi itu terdiri daripada rakyat Pakistan,
Afghanistan dan Sri Lanka.
"Tiga daripada mereka ialah Sri Lanka, enam Pakistan dan tujuh Afghanistan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau
berkata kesemua pendatang tanpa izin itu dipercayai menjadikan Malaysia
sebagai negara transit sebelum menunggu masa yang sesuai untuk di bawa
keluar menuju ke negara jiran.
Kes ini, katanya, disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Kesemua warga asing itu, kata Rosman, kini berada di Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.