Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Tangkap Warga Sri Lanka Afghan Dan Pakistan Di

Diterbitkan: 16 Jun 2014 9.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua menyerbu kawasan kebun kelapa di Tanjung Siang, Kota Tinggi dan menangkap 16 pendatang tanpa izin (PTI) yang cuba keluar daripada Malaysia secara haram..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tangkap-warga-sri-lanka-afghan-dan-pakistan-di
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:48 MYT

JOHOR BAHARU, 26 Januari 2012 (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua menyerbu kawasan kebun kelapa di Tanjung Siang, Kota Tinggi dan menangkap 16 pendatang tanpa izin (PTI) yang cuba keluar daripada Malaysia secara haram, awal Khamis.

Ketua Bahagian Risikannya DSP Rosman Ismail berkata mereka yang ditahan dalam serbuan pada pukul 4.30 pagi itu terdiri daripada rakyat Pakistan, Afghanistan dan Sri Lanka.

"Tiga daripada mereka ialah Sri Lanka, enam Pakistan dan tujuh Afghanistan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua pendatang tanpa izin itu dipercayai menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum menunggu masa yang sesuai untuk di bawa keluar menuju ke negara jiran.

Kes ini, katanya, disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Kesemua warga asing itu, kata Rosman, kini berada di Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 9.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM