Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Selamatkan 6 Mangsa Bot Terbalik

Published: 18 Jun 2014 7.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Johor Bharu, 15 Jan - Enam lelaki ditemui dalam keadaan selamat selepas gerakan mencari dan menyelamat oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 2 bersama penduduk pulau berjaya mengesan mereka enam batu nauti..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-selamatkan-6-mangsa-bot-terbalik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:10 MYT

Johor Bharu, 15 Jan - Enam lelaki ditemui dalam keadaan selamat selepas gerakan mencari dan menyelamat oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 2 bersama penduduk pulau berjaya mengesan mereka enam batu nautika dari Pulau Sibu, lewat petang semalam.

Ketika ditemui mangsa yang terdiri daripada seorang tekong bot, empat orang pekerja Sahz Resort Pulau Tinggi dan seorang penuntut Politeknik Melaka didapati berpaut pada bot yang terbalik dan berada dalam keadaan kesejukan namun tiada sebarang kecederaan dialami oleh mereka.

Mengimbas kejadian yang berlaku, kesemua mangsa dikatakan berlepas dari Jeti Tanjung Leman menuju ke Pulau Tinggi pada kira-kira jam 4.00 petang sebelum bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan.

Bot itu kemudiannya dikatakan tidak seimbang lalu terbalik selepas dipukul ombak besar.

Mangsa walaubagaimanapun berjaya menghubungi keluarga mereka di Pulau Tinggi sebelum pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu bagi memberikan bantuan.

Polis Marin Selamatkan 6 Mangsa Bot Terbalik
Sumber : Bernama
Foto : HEA Cawangan Marin Johor

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM