Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Samun Pegawai Apmm 5 Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 7.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
SHAH ALAM, 16 Januari – Pihak polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berumur Antara 18 hingga 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes samun seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Pahang di lebuhraya SKVE berhampiran Hospital Serdang. Kesemua mereka berjaya ditahan sepasukan polis dari Kontinjen Selangor dan Kelantan dalam beberapa serbuan rumah di Kota Bharu, Bachok dan Ku
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/samun-pegawai-apmm-5-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:50 MYT

SHAH ALAM, 16 Januari – Pihak polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berumur Antara 18 hingga 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes samun seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Pahang di lebuhraya SKVE berhampiran Hospital Serdang.

Kesemua mereka berjaya ditahan sepasukan polis dari Kontinjen Selangor dan Kelantan dalam beberapa serbuan rumah di Kota Bharu, Bachok dan Kubang Krian Kelantan.

Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media sebentar tadi memberitahu bahawa dengan tertangkapnya kelima-lima individu ini pihak polis berjaya menyelesaikan kes tersebut serta beberapa kes samun di Hulu Selangor dan Damansara.

Tambahnya lagi semasa serbuan dilakukan pihak polis turut menjumpai sepucuk pistol yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah samun terhadap pegawai kanan APMM tempoh hari. Polis juga turut merampas senjata parang, beberapa butir peluru serta pelbagai jenis telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan dua daripada mereka yang ditahan mempunyai enam rekod kesalahan lampau jenayah dan dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 FIPA. Kesemua mereka direman sehingga 19 Januari 2014.

Samun Pegawai Apmm 5 Ditahan
Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 7.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM