Cubaan Seludup Barangan Kosmetik Bernilai Lebih Rm50 000 Dip
Pelabuhan
Klang, 15 Jan - Cubaan untuk menyeludup masuk barangan kosmetik berjaya
dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam Op Pensura
yang dijalankan di Pelabuhan Klang pada 9.00 pagi tadi.
Dalam
operasi tersebut, PPM Wilayah 1 telah menahan sebuah bot barter trade
KM Camar 1 dalam perjalanan masuk ke Pelabuhan Klang yang sarat dengan
muatan 118 kotak barangan kosmetik anggaran bernilai RM50,970.
Hasil
pemeriksaan lanjut mendapati 9360 ketul sabun Maxi Peek Whitening Soap
dan 7632 ketul sabun Kazuya Beauty Tranparent Soap. Kesemua barangan
kosmetik yang cuba diseludup tidak mempunyai dokumen dari Jabatan
Farmasi.
PPM
Wilayah 1 telah menahan 10 orang krew dan merampas bot tersebut,
manakala kesemua barangan kosmetik dirampas di bawah Peraturan Kawalan
Dadah Dan Kosmetik 1984.

Sumber : HEA Cawangan Marin Wilayah 1 Pelabuhan Klang