Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Lumpuhkan Kegiatan Edar Syabu Di Utara Perak Selatan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Bagan Serai - Polis berjaya menahan sepasang suami isteri dan seorang warga emas yang dipercayai mengedar syabu bernilai RM430.000 dalam serbuan di sebuah rumah ladang di Kuala Kurau, Parit Buntar, 24..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lumpuhkan-kegiatan-edar-syabu-di-utara-perak-selatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:56 MYT

Bagan Serai - Polis berjaya menahan sepasang suami isteri dan seorang warga emas yang dipercayai mengedar syabu bernilai RM430.000 dalam serbuan di sebuah rumah ladang di Kuala Kurau, Parit Buntar, 24 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian diketuai Inspektor Suhaimi Mohd Yasim melakukan serbuan berpandukan maklumat awam kira-kira jam 8.30 malam.

Dalam serbuan itu, polis menahan dua wanita di ruang tamu rumah, manakala seorang lelaki ditemui dalam bilik tidur tingkat atas rumah.

"Berikutan itu, pemeriksaan teliti dijalankan terhadap suspek lelaki dan menemukan satu bungkusan hijau dibalut pita pelekat lutsinar bersama lapan peket plastik lutsinar berisi syabu disimpan di dalam sebuah beg galas di bilik suspek.

"Selain itu, polis turut merampas sebuah mesin pembungkus, alat penimbang, telefon bimbit, dokumen pendaftaran perkahwinan dan buku akaun bank dalam bilik sama”, katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, semalam.
Semua suspek dikenal pasti berasal dari Taman Pekan Baru, Parit Buntar serta Taman Wang, Menglembu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Semua syabu yang dirampas seberat 1427.59 gram dengan anggaran nilai pasaran semasa RM357,000 hingga RM430,000.”
Semua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos 2013 mengikut Seksyen 117 Kanun Peraturan Jenayah dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Lumpuhkan Kegiatan Edar Syabu Di Utara Perak Selatan

Sumber: Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM