Polis Tawau Berkas 20 Individu Warga Asing Atas Pelbagai Ke
Tawau,
28 Ogos - Polis memberkas 20 individu atas pelbagai kesalahan termasuk
16 warga asing yang disyaki melanggar Akta Imigresen dalam Operasi Cegah
Jenayah Bersepadu.
Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua yang ditahan
itu adalah sebahagian daripada 76 individu berumur lingkungan 20 hingga
50 tahun yang diperiksa dalam operasi tiga jam, bermula 5.30 pagi.
"Enam
belas orang ditahan mengikut Akta Imigresen dengan 11 daripadanya
adalah wanita warganegara Filipina manakala selebihnya warganegara
Indonesia," katanya.
Dalam
operasi di Kampung Kampung Jati, Kampung Belacan, Kampung Pisang dan
Batu 4 Jalan Apas, tiga orang ditahan kerana disyaki memiliki dokumen
pengenalan diri palsu manakala seorang lagi ditahan mengikut Akta Dadah
Berbahaya.
Awang
Besar berkata operasi itu yang disertai enam pegawai dan 36 anggota
polis, termasuk 10 anggota dari Pasukan Gerakan Am, enam pegawai
Imigresen dan dua pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, memeriksa 28 buah
rumah.
Sumber : BERNAMA