Polis Lumpuhkan Kegiatan Edar Syabu Di Utara Perak Selatan
Bagan
Serai - Polis berjaya menahan sepasang suami isteri dan seorang warga
emas yang dipercayai mengedar syabu bernilai RM430.000 dalam serbuan di
sebuah rumah ladang di Kuala Kurau, Parit Buntar, 24 Ogos lalu.
Ketua
Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, sepasukan
polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kerian diketuai Inspektor Suhaimi Mohd Yasim melakukan serbuan berpandukan maklumat awam kira-kira jam 8.30 malam.
Dalam
serbuan itu, polis menahan dua wanita di ruang tamu rumah, manakala
seorang lelaki ditemui dalam bilik tidur tingkat atas rumah.
"Berikutan
itu, pemeriksaan teliti dijalankan terhadap suspek lelaki dan menemukan
satu bungkusan hijau dibalut pita pelekat lutsinar bersama lapan peket
plastik lutsinar berisi syabu disimpan di dalam sebuah beg galas di
bilik suspek.
"Selain
itu, polis turut merampas sebuah mesin pembungkus, alat penimbang,
telefon bimbit, dokumen pendaftaran perkahwinan dan buku akaun bank
dalam bilik sama”, katanya pada sidang media di bilik mesyuarat Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, semalam.
Semua
suspek dikenal pasti berasal dari Taman Pekan Baru, Parit Buntar serta
Taman Wang, Menglembu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Semua syabu yang dirampas seberat 1427.59 gram dengan anggaran nilai pasaran semasa RM357,000 hingga RM430,000.”
Semua
suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos 2013 mengikut
Seksyen 117 Kanun Peraturan Jenayah dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya
1952.

Sumber: Sinar Harian