Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Lepaskan Tujuh Tembakan Tahan Suspek Kes Curi Kereta

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
NUSAJAYA 1 Jun - Polis terpaksa melepaskan tujuh das tembakan selepas seorang suspek kes curi kereta merempuh dua buah kenderaan pasukan itu ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan, semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-lepaskan-tujuh-tembakan-tahan-suspek-kes-curi-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:36 MYT

NUSAJAYA 1 Jun - Polis terpaksa melepaskan tujuh das tembakan selepas seorang suspek kes curi kereta merempuh dua buah kenderaan pasukan itu ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan, semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, anggota peronda polis ingin membuat pemeriksaan terhadap suspek yang berada di dalam sebuah kereta Honda Civic di Taman Bukit Indah 2 di sini.

Katanya, bagaimanapun suspek secara tiba-tiba mengundurkan keretanya dan merempuh sebuah kereta polis yang berada di belakang keretanya.

"Bagi tujuan memberhentikan kereta suspek, polis telah menembak ke arah tayar keretanya daripada terus merempuh anggota lain dalam kereta polis itu.

"Suspek yang cuba memboloskan diri telah merempuh sebuah lagi kenderaan polis yang berada di hadapan keretanya dan melarikan diri ke bawah laluan sungai bawah jambatan di Taman Bukit Indah 2.

"Dia bagaimanapun berjaya ditahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu memiliki pelbagai rekod jenayah lampau antaranya curi motosikal dan kereta serta pernah dipenjara dua kali.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek pula mendapati ia pernah dilaporkan hilang. Turut ditemui vest polis di dalam kereta tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun," katanya.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM