Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Saya telah dimaklumkan bahawa peserta misi ini telah bersungguh-sungguh memberi khidmat bantuan juga nasihat dalam beberapa bidang berkaitan kepolisan seperti 'crowd control' dan 'security assessments..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kita-pamer-kualiti-laksanakan-misi-pengaman-pbb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:22 MYT

"... Kejayaan ini bukan saja telah dapat menonjolkan nama baik dan imej PDRM tetapi juga nama baik dan maruah negara kita dan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan..." - Pengarah KDN/KA PDRM

Cheras, 6 Mei - "Saya telah dimaklumkan bahawa peserta misi ini telah bersungguh-sungguh memberi khidmat bantuan juga nasihat dalam beberapa bidang berkaitan kepolisan seperti 'crowd control' dan 'security assessments' dan seramai 35 anggota kita telah ditugaskan di daerah Same selama 9 hari iaitu pada 7 hingga 16 Mei yang lepas telah mendapat pujian dan penghargaan daripada Mr. Miguel Ribero Cherilho iaitu Police Commissioner di sana di atas kejayaan membendung rusuhan penduduk tempatan," ujar YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA PDRM dalam ucapannya sempena Majlis Meraikan Kepulangan Dan Pembubaran Unit Malaysia Formed Police Unit (MAL-FPU) Briged Tengah PGA di Padang Kawad Briged Tengah PGA, hari ini.

Majlis ini diadakan adalah sebagai mengalu-alukan kepulangan seramai 140 orang pegawai dan anggota MAL-FPU Briged Tengah PGA termasuk 4 pegawai dari Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sekembalinya dari misi kali ini, pasukan pegawai dan anggota MAL-FPU ini akan dibubarkan dan dikembalikan ke batalion-batalion serta formasi Briged Tengah PGA dan pada masa yang sama juga, Beret UN yang dipakai sekarang akan ditukarkan kepada beret asal PGA.

Majlis pada hari ini turut dihadiri DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/ Pencegahan Jenayah) KDN/KA, DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah (PGA, Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan LTAB) Jabatan KDN/KA, SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA dan Kolonel (Dr) Mohd Razin bin Kamarulzaman, Wakil Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM.


Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
Ketibaan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.

Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menerima tabik hormat. 

Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA memeriksa baris diiringi oleh DSP Mohd Taufik bin Maidin, selaku ketua Unit Malaysia Formed Police(MAL-FPU).

Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
Ucapan aluan dan perasmian Pembubaran Unit MAL-FPU Briged Tengah PGA oleh YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.

Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
DSP Mohd Taufik bin Maidin, selaku ketua Kumpulan MAL-FPU menyerahkan bendera Malaysia kepada YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.
  
Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
Upacara penukaran Beret UN kepada Beret asal PGA..YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA memakaikan Beret asal PGA kepada DSP Mohd Taufik bin Maidin, selaku ketua Kumpulan MAL-FPU.
  
Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
Upacara penukaran Beret UN kepada Beret asal PGA.
 
Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
Mesra..YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid sempat bertegur sapa bersama ahli keluarga Unit MAL-FPU yang hadir.
 
Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
Sesi sidang media.

Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid menandatangani Buku Pelawat Briged Tengah.
 
Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
YDH Kolonel (Dr) Mohd Razin bin Kamarulzaman, Wakil Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM menandatangani Buku Pelawat Briged Tengah.
 
Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
DSP Mohd Taufik bin Maidin, selaku ketua Kumpulan MAL-FPU menyampaikan cenderamata kepada YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid Pengarah Jabatan KDN/KA.





Jurufoto   : L/Kpl Raymond
Wartawan : L/Kpl Irfan  

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM