Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Patik serta pacal warga Polis Diraja Malaysia, dengan rendah hati merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, mencemar..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dymm-raja-perlis-cemar-duli-rasmi-mes-pegawai-kanan-pdrm-perlis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:23 MYT

Kangar, 4 Jun 2012

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, telah berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Perlis di Mukim Kechor, Tok Seriman, Kangar, Perlis, hari ini.

Hadir sama, DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYMM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Perasmian gilang-gemilang pada hari ini turut diserikan dengan Majlis Santapan Diraja Sempena Perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, YAB Dato' Paduka Haji Mohamad Yaacob bin Dato' Seri Azizul Hassan, YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis, Y.A.Bhg Datin Seri Asiah binti Haji Asmuni, YB Dato' Azizan bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Perlis, Pengarah-Pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai Kanan Polis Pasukan Polis Diraja Thailand, DCP Dato' Haji Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Naib Yang di-Pertua Mes merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjur Majlis Santapan Diraja Sempena Perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis, Y.Bhg Datin Hajah Ramlah bin Haji Mahmood dan Pegawai-Pegawai Kanan PDRM.

"Patik serta pacal warga Polis Diraja Malaysia, dengan rendah hati merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, mencemar duli berangkat ke majlis Santapan Diraja bersempena dengan majlis perasmian Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Perlis," sembah ucapan Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

"Tradisi Malam Mes seperti ini adalah satu daripada contoh aspek kehidupan pegawai polis dalam menerapkan tahap disiplin yang tinggi, dan amalan  'toast'  merupakan simbolik kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara dan juga dikaitkan dengan kegiatan santai dan sosial pegawai-pegawai kanan polis yang bertujuan untuk mengakrabkan pegawai lama dan baru tanpa mengira batasan pangkat mahupun umur bahkan cawangan bekerja", tambah beliau lagi.

Majlis pada malam ini turut menyajikan persembahan Lencana Kehormat  'Sniper'  dan  'Combat Diver'  Pasukan Komando 69 PDRM kepada DYMM Tuanku Raja Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis. Penyempurnaan majlis kemudiannya diteruskan dengan acara pemotongan kek sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis merupakan Mes yang ke-6 yang memberi kemudahan penginapan dengan kadar yang munasabah kepada pegawai dan anggota PDRM serta keluarga.

Pembinaan Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis bermula pada 15 Januari 2007, di Mukim Kechor, Tok Seriman, Kangar merangkumi satu unit banglo, 4 unit Semi-D, 24 unit Annex, sebuah gimnasium, dewan badminton dan skuasy, gelanggang tennis serta gelanggang bola jaring.

Ianya turut dilengkapi dengan sebuah dewan banquet, kafeteria, bilik komputer, bilik mesyuarat, 'board room', perpustakaan, ruang rehat, Karaoke, tayangan, tempat letak kenderaan berbumbung dan pejabat pentadbiran dan sesuai bagi tujuan istirahat serta anjuran majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi dengan kapasiti 500 orang pada satu-satu masa.

Sekitar ketibaan Dif-Dif Jemputan Kehormat

Keberangkatan tiba DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Tetamu Diraja bersemayam di Holding Room bersama dif-dif kehormat

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Menyaksikan persembahan bunga api

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Perarakan masuk Panji-Panji Utama PDRM

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
YDH Ketua Polis Negara minum ucap selamat kepada DYMM Tuanku Raja Perlis, Raja-raja dan Yang Di-Pertuan Negeri

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Majlis santapan dimulakan dengan persembahan jamuan

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Antara yang hadir

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
DYMM Raja Perlis dengan limpah perkenan menyempurnakan titah perasmian dan pelancaran gimik perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Gimik Perasmian daripada DYMM Raja Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
DYMM Tuanku Raja Perlis menandatangani Plak Perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
DYMM Tuanku Raja Perlis menyaksikan gimik pelancaran

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Pelan struktur bangunan Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Persembahan Kawad Senyap

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Upacara potong kek perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Upacara sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis

Ketua Polis Negara mempersembahkan cendera kenangan kepada DYMM Tuanku Raja Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Ketua Polis Negara mempersembahkan cendera kenangan kepada DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Ketua Polis Negara mempersembahkan lencana 'Sniper' dan 'Combat Diver' Pasukan Komando 69 kepada DYMM Tuanku Raja Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Ketua Polis Negara mempersembahkan cendera kenangan kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Juru acara majlis..

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Kurniaan cenderahati kepada Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis daripada DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
persembahan yanyian berkumpulan yang diketuai oleh Ketua Polis Negara dengan lagu 'Masihkah Kau Ingat'

Dymm Raja Perlis Cemar Duli Rasmi Mes Pegawai Kanan Pdrm Perlis
Nyanyian solo oleh Ketua Polis Negara dengan lagu 'Haryati'

Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo, L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan & L/Kpl Helmi bin Saadin
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM