Article
Polis Kesan Taktik Penculikan Terbaru Libatkan Warga Pakista
polis menemui tiga lelaki berumur 28 hingga 35 tahun, yang merupakan mangsa culik warga Pakistan yang dikurung di dalam rumah itu dengan keadaan mulut mereka d...
Polis mengesan satu taktik penculikan
terbaru oleh warga Pakistan yang menculik warga mereka sendiri sebelum
menghubungi keluarga mangsa di negara tersebut untuk meminta wang
tebusan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata ekoran pembongkaran kegiatan itu, empat lelaki Pakistan berusia 22 hingga 35 tahun, yang menjadi dalang dalam beberapa kes penculikan sebelum ini, ditahan 19 Feb.
"Semuanya bermula apabila polis yang menerima maklumat mengenai kes penculikan itu melakukan risikan di sebuah kawasan di Jalan Ipoh, Sabtu lepas, kira-kira pukul 2 pagi.
"Hasil pemantauan itu, polis yang terlihat kelibat empat warga asing dalam keadaan mencurigakan, terus mengekori mereka sehingga ke sebuah flet di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Zulkifli berkata apabila tiba di rumah berkenaan, polis menemui tiga lelaki berumur 28 hingga 35 tahun, yang merupakan mangsa culik warga Pakistan yang dikurung di dalam rumah itu dengan keadaan mulut mereka ditampal plaster dan tangan diikat.
Beliau berkata semasa mereka hendak ditahan, salah seorang daripada empat penculik itu bertindak terjun dari tingkat tiga bangunan terbabit yang menyebabkannya patah tangan kiri.
Zulkifli berkata hasil siasatan awal mendapati keempat-empat lelaki terbabit telah terbabit dalam tujuh penculikan sebelum ini.
"Kita juga berjaya menghalang rancangan mereka untuk memperoleh RM620,000 wang tebusan yang diminta daripada keluarga mangsa yang terbaru ini," katanya.
Zulkifli berkata modus operandi kumpulan itu adalah dengan menculik warga senegara mereka yang bekerja sebagai penjual karpet, kain dan sebagainya di negara ini, sebelum menghubungi keluarga mereka di Pakistan untuk menuntut wang tebusan.
Sementara itu, dalam kes berasingan seramai 15 individu termasuk sepasang suami isteri ditahan selepas mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan penyamaran sebagai anggota polis, Kastam dan Imigresen untuk melakukan kegiatan samun dan curi kenderaan.
Beliau berkata penangkapan terhadap kesemua mereka yang berumur 21 hingga 54 tahun itu telah dilakukan sejak 3 Jan lepas di Cheras, Seremban dan Tanjung Malim oleh sepasukan polis dari bahagian siasatan khas D9 Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.
Zulkifli berkata kesemua mereka mengaku pernah melakukan pelbagai kesalahan jenayah termasuk curi kenderaan dengan menyamar sebagai pihak berkuasa di sekitar Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.
"Antara barangan yang kita rampas dari kesemua mereka adalah dua pucuk pistol bersama dua kelopak peluru. Kita juga merampas dadah jenis syabu seberat 50 gram dan ketamin seberat 500 gram," katanya.
Zulkifli berkata empat buah kenderaan yang dilaporkan hilang iaitu jenis Peugeot di Cheras, Waja di Sungai Buloh, Honda Civic di Sungai Buloh dan Wira di Dang Wangi, turut dirampas dalam tangkapan itu.
Katanya kesemua peralatan penyamaran termasuk uniform pasukan dan pas kuasa turut dirampas.
"Kesemua mereka direman sehingga Khamis untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya polis juga sedang mengesan kenderaan lain yang mungkin dicuri oleh kumpulan terbabit, serta saki baki kumpulan itu.