Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Wanita Iran Rampas 6 2kg Syabu Bernilai Rm1

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Pulau Pinang mencatat kejayaan besar dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dengan merampas 6.2kg syabu bernilai RM1.55 juta setelah menahan dua wanita Iran di Lapangan ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-wanita-iran-rampas-6-2kg-syabu-bernilai-rm1
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:32 MYT
GEORGE TOWN, 21 Februari 2011 (Bernama)

Polis Pulau Pinang mencatat kejayaan besar dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dengan merampas 6.2kg syabu bernilai RM1.55 juta setelah menahan dua wanita Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini Sabtu lepas.

Wanita berusia 21 tahun dan 34 tahun itu, yang dipercayai dijadikan kaldai dadah oleh satu sindiket dadah antarabangsa, cuba menyeludup dadah berkenaan dengan menyoroknya di dalam tempat khas beg pakaian mereka.

Bagaimanapun, helah itu tidak berhasil dan mereka ditangkap polis di lapangan terbang itu pada kira-kira pukul 8.10 malam hari berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Ayub Yaakob berkata bertindak atas satu maklumat, sepasukan pegawai polis menahan wanita itu dan memeriksa beg mereka.

"Setelah diperiksa dengan teliti, pasukan itu menjumpai dua bungkusan plastik lutsinar dalam bahagian rahsia beg mereka, yang dipercayai mengandungi syabu," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Ayub berkata dua wanita itu tiba di Malaysia dengan menaiki pesawat dari Dubai, yang singgah di Singapura, sebelum mendarat di Pulau Pinang.

Beliau berkata polis sedang menyiasat ke mana sebenarnya dadah bernilai kira-kira RM1.55 juta di pasaran gelap itu hendak dibawa.

"Dua wanita ini telah datang ke Pulau Pinang sebanyak dua kali sebelum ini untuk meninjau ciri-ciri keselamatan di lapangan terbang berkenaan," katanya.

Beliau berkata wanita berkenaan - yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan - akan ditahan reman hingga 26 Feb untuk memudahkan siasatan.

Satu laporan Khamis lepas menyebut bahawa pada 16 Feb, Kastam Pulau Pinang menahan seorang lelaki Iran berusia 26 tahun dan merampas 3.4kg syabu bernilai RM875,000 daripadanya di lapangan terbang sama.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM