Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pahang Tumpas Sindiket Perjudian Haram

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sindiket perjudian haram, yang menerima pertaruhan mencecah RM13 juta sebulan, tumpas apabila polis menahan enam lelaki dan lima wanita dalam satu serbuan serentak di tiga premis berasingan di sini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pahang-tumpas-sindiket-perjudian-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:30 MYT
BENTONG, 21 Februari  (Bernama)

Sindiket perjudian haram, yang menerima pertaruhan mencecah RM13 juta sebulan, tumpas apabila polis menahan enam lelaki dan lima wanita dalam satu serbuan serentak di tiga premis berasingan di sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata semua mereka yang berusia antara 30 dan 50 tahun itu ditahan dalam "Ops Dadu" pada pukul 6.30 petang Ahad di sini, Karak dan Manchis, dekat sini.

"Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas beberapa jenis peralatan termasuk set komputer, telefon, telefon bimbit, mesin pencetak dan ratusan helaian kertas yang tercatat angka-angka dipercayai nombor ekor.

"Semua suspek ditahan di premis terbabit, sejumlah wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,000 turut dirampas," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sharifuddin berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi hampir tiga minggu di mana jumlah pertaruhan dipercayai mencecah RM13 juta sebulan.

Menurutnya, operasi sindiket dijalankan secara dalam talian dan panggilan telefon.

"Siasatan awal mendapati sindiket itu juga dipercayai menjalankan kegiatan sama di daerah-daerah lain, bagaimanapun siasatan masih diteruskan," katanya.

Beliau berkata, semua suspek kini ditahan lanjut bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM