Bukit Aman , 21 Julai -
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengadakan satu sidang
media khas di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkenaan
lanjutan isu Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Ini
bagi menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh penganjur perhimpunan
bersih 2.0. dan Majlis Peguam Malaysia seterusnya menyangkal tohmahan
yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu mempertikaikan tindakan dan
penggunaan kekerasan pihak polis dalam menangani perhimpunan tersebut.
"Oleh
kerana isu-isu tersebut telah tersebar di media sosial, maka adalah
wajar di kesempatan ini pihak polis memberi respon dan hanya terdapat
beberapa insiden yang telah ditonjolkan sedemikian rupa bagi
menggambarkan seolah-olah polis bertindak kasar dalam semua keadaan,"
ujar YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA PDRM semasa
sidang media tersebut, hari ini.
Tayangan
video selama 1 setengah jam itu telah dimulakan dengan memaparkan
rakaman sebelum, semasa dan selepas perhimpunan ini diadakan, juga
dipaparkan bagaimana kaedah penugasan polis yang menepati Standard Operating Procedures (SOP) terhadap peserta-peserta perhimpunan tersebut.
Turut
dipaparkan bukti rakaman video yang menangkis dakwaan sesetengah pihak
bahawa polis telah melakukan jenayah kekerasan terhadap beberapa
individu sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.
"Langkah-langkah
awal oleh PDRM telah berjaya mengekang jumlah kehadiran daripada
sasaran yang dikatakan 300 ribu orang kepada tidak lebih 10 ribu orang
yang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini,"
"Walaupun
mendapat pelbagai tohmahan, ini tidak melunturkan semangat PDRM untuk
terus berkhidmat kepada masyarakat demi menjamin keselamatan rakyat dan
ketenteraman awam," akhiri beliau.
Turut hadir pada hari ini, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, wakil-wakil NGO dan wakil-wakil media.

YDH CP Dato' Salleh semasa mengendalikan sidang media, hari ini.

YDH CP Dato' Salleh memberi penerangan berkenaan rakaman video yang dipaparkan.

Semangat PDRM untuk berkhidmat kepada masyarakat tidak akan luntur...YDH CP Dato' Salleh Mat Rasid

Antara wakil media yang hadir...
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Lukmanul Hakim
Penyunting : Sjn. Zaiddin bin Dahalan.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Polis Kemuka Bukti Tangkis Tohmahan
Ini bagi menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh penganjur perhimpunan bersih 2.0. dan majlis peguam Malaysia seterusnya menyangkal tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu mempertikaikan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kemuka-bukti-tangkis-tohmahan
Scan to view the latest live version.