Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Secara relatifnya rakyat kini berasa lebih selamat dengan kehadiran polis yang kian melata dan tindakan yang cepat dalam menyelesaikan masalah penduduk...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penganugerahan-balai-league-table-siri-1-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:58 MYT

Kuala Lumpur - 22 Julai 2011

Global Peace Index atau Indeks Keamanan Global yang diumumkan pada bulan Mei 2011 lalu menunjukkan Malaysia berada di tempat ke-9 dari 153 buah negara yang disenaraikan. Berbanding pada tahun 2007, kita berada di tangga ke-7 dan pada tahun 2009 di tangga ke-26. Penarafan ini, menunjukkan Malaysia adalah negara kedua paling aman di Asia selepas Jepun dan di peringkat rantau Asia Tenggara. Secara relatifnya rakyat kini berasa lebih selamat dengan kehadiran polis yang kian melata dan tindakan yang cepat dalam menyelesaikan masalah penduduk.

Bagi menghargai usaha-usaha dan kejayaan ini, satu Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1/2011 telah berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Majlis pada petang ini dirasmikan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara. Majlis pada petang ini adalah untuk meraikan kejayaan anggota-anggota polis di balai-balai yang memperolehi prestasi tertinggi dan berjaya menduduki ranking teratas dalam kategori balai masing-masing.

Di majlis petang ini, YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Keputusan pemenang bagi Balai League Table Siri 1/2011 (Januari - April) adalah seperti berikut :-

BLT PDRM SIRI 1/2011 (JANUARI - APRIL)

KATEGORI BALAI

TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA

TEMPAT KETIGA

A

BP Wangsa Maju, Sentul, Kuala Lumpur.

BP Jinjang, Sentul, Kuala Lumpur.

BP Batu 9, Kajang, Selangor.

B

BP Kluang, Kluang Johor.

BP Salak Selatan Baru, Cheras, Kuala Lumpur.

BP Banting, Banting, Selangor.

C

BP Pendang, Pendang, Kedah.

BP Bandar Baru, Timur Laut, Pulau Pinang.

BP Gurun, Kuala Muda, Kedah.

D

BP Gunong, Bachok, Kelantan.

BP Papar, Papar, Sabah.

BP Air Jernih, Kemaman, Terangganu.

E

BP Taman Pasir Putih, Seri Alam, Johor.

BP Aulong, Taiping, Perak.

BP Changkat Jering, Taiping, Perak.



















Turut hadir petang ini Y.Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Robiah binti Abd Ghani, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM merangkap Penaung Initiative 12 Balai League Tables NKRA Bagi NKPI, Y.Bhg Encik Eugene Teh, Pengarah NKRA Jenayah (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, YDH Dato'-Dato' Pesuruhjaya Polis Negeri, Dato'-Dato' Ketua Polis Negeri, Dato'-Dato' Pegawai Kanan Polis, Ketua-Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.


"Di sini saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan kepada para wartawan dan rakan media yang sentiasa memberi ruang untuk memaparkan usaha-usaha dan kejayaan-kejayaan yang dijalankan oleh pihak polis. Melalui penyiaran aktiviti-aktiviti kepolisan di media cetak dan media elektronik juga menjadi medium kepada saya untuk memantau apa yang berlaku di bawah sana. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya Polis dan Ketua-Ketua Polis Negeri serta Ketua Polis Daerah yang telah keluar dari confort zone dengan mengadakan pelbagai aktiviti dengan masyarakat. Semoga kemeriahan dan kegemilangan penganugerahan ini akan menjadi dorongan kepada balai-balai lain untuk berusaha mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan keupayaan penyampaian perkhimatan melalui pelbagai idea yang unik dan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara Malaysia yang tercinta", YDH Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian.

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Ucapan perasmian YDH Ketua Polis Negara

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Juara Kategori A

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Kedua bagi Kategori A

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Ketiga bagi Kategori A

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Juara bagi Kategori B

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Kedua bagi Kategori B

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Ketiga bagi Kategori B

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Juara bagi kategori C

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Kedua bagi Kategori C

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Ketiga bagi Kategori C

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Juara bagi Kategori D

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Kedua bagi Kategori D

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Ketiga bagi Kategori D

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Juara bagi Kategori E

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Kedua bagi Kategori E

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Tempat Ketiga bagi Kategori E

Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1 2011
Sidang media YDH Ketua Polis Negara 

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Shareel bin Shariman

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM