Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kemuka Bukti Tangkis Tohmahan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ini bagi menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh penganjur perhimpunan bersih 2.0. dan majlis peguam Malaysia seterusnya menyangkal tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu mempertikaikan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kemuka-bukti-tangkis-tohmahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:09 MYT

Bukit Aman , 21 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengadakan satu sidang media khas di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkenaan lanjutan isu Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.


Ini bagi menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh penganjur perhimpunan bersih 2.0. dan Majlis Peguam Malaysia seterusnya menyangkal tohmahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu mempertikaikan tindakan dan penggunaan kekerasan pihak polis dalam menangani perhimpunan tersebut.


"Oleh kerana isu-isu tersebut telah tersebar di media sosial, maka adalah wajar di kesempatan ini pihak polis memberi respon dan hanya terdapat beberapa insiden yang telah ditonjolkan sedemikian rupa bagi menggambarkan seolah-olah polis bertindak kasar dalam semua keadaan," ujar YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA PDRM semasa sidang media tersebut, hari ini.


Tayangan video selama 1 setengah jam itu telah dimulakan dengan memaparkan rakaman sebelum, semasa dan selepas perhimpunan ini diadakan, juga dipaparkan bagaimana kaedah penugasan polis yang menepati Standard Operating Procedures (SOP) terhadap peserta-peserta perhimpunan tersebut.


Turut dipaparkan bukti rakaman video yang menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa polis telah melakukan jenayah kekerasan terhadap beberapa individu sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.


"Langkah-langkah awal oleh PDRM telah berjaya mengekang jumlah kehadiran daripada sasaran yang dikatakan 300 ribu orang kepada tidak lebih 10 ribu orang yang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini,"


"Walaupun mendapat pelbagai tohmahan, ini tidak melunturkan semangat PDRM untuk terus berkhidmat kepada masyarakat demi menjamin keselamatan rakyat dan ketenteraman awam," akhiri beliau.


Turut hadir pada hari ini, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, wakil-wakil NGO dan wakil-wakil media.  

Polis Kemuka Bukti Tangkis Tohmahan
YDH CP Dato'  Salleh semasa mengendalikan sidang media, hari ini.

Polis Kemuka Bukti Tangkis Tohmahan
YDH CP Dato' Salleh memberi penerangan berkenaan rakaman video yang dipaparkan.

Polis Kemuka Bukti Tangkis Tohmahan
Semangat PDRM untuk berkhidmat kepada masyarakat tidak akan luntur...YDH CP Dato' Salleh Mat Rasid

Polis Kemuka Bukti Tangkis Tohmahan
Antara wakil media yang hadir...

Wartawan      :    L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto        :    L/Kpl Lukmanul Hakim
Penyunting    :    Sjn. Zaiddin bin Dahalan.

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM