Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kelantan Nafi Jumpa Bom Di Nilam Puri

Published: 26 Jan 2016 2.46 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Bharu, 26 Jan - Akibat tidak berpuas hati dan mahu meminta cerai, seorang isteri sanggup membuat fitnah kononnya suaminya meletakkan bom dalam rumah mereka di Nilam Puri di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kelantan-nafi-jumpa-bom-di-nilam-puri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:57 MYT


Kota Bharu, 26 Jan - Akibat tidak berpuas hati dan mahu meminta cerai, seorang isteri sanggup membuat fitnah kononnya suaminya meletakkan bom dalam rumah mereka di Nilam Puri di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim berkata perkara itu timbul apabila pada mulanya wanita berusia 30-an itu membuat laporan polis Ahad lalu menyatakan suaminya juga berusia 30-an mengugutnya dengan senjata.

"Pihak kami pergi ke rumah mereka dan membuat tangkapan terhadap suami petang Ahad lepas.

"Apabila suaminya berada di lokap (balai polis) isterinya sekali lagi membuat laporan menyatakan ada bom di sebuah bilik rumah mereka, padahal semasa tangkapan si suami, tidak ada apa yang ditemui polis," katanya kepada pemberita hari ini.

Mazlan mengulas khabar angin seorang penduduk menemui bom dalam sebuah rumah di Nilam Puri.

Beliau berkata polis mendapati objek yang didakwa bom itu sebenarnya ialah bekas minyak pelincir kosong yang digunakan oleh suaminya, seorang tukang paip, untuk meletakkan peralatan kerjanya.

Katanya, dakwaan seumpama itu tidak harus dilakukan kerana boleh menyebabkan kebimbangan masyarakat.

- BERNAMA

ArticlePublished 26 Jan 2016 2.46 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM