Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kumpulan Tertentu Dikesan Label Pdrm Prosyiah Untuk Cetus Ketegangan

Diterbitkan: 26 Jan 2016 2.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 26 Jan - Polis mengesan terdapat kumpulan dan individu tertentu telah melabelkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sebagai proSyiah apabila bertindak memerangi habis-habisan kumpulan pengganas Daesh di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-tertentu-dikesan-label-pdrm-prosyiah-untuk-cetus-ketegangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:01 MYT


Kuantan, 26 Jan - Polis mengesan terdapat kumpulan dan individu tertentu telah melabelkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sebagai proSyiah apabila bertindak memerangi habis-habisan kumpulan pengganas Daesh di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Ayub Khan Mydin Pitchay yang mendedah perkara itu berkata tindakan itu bertujuan untuk menimbulkan ketegangan di negara ini.

"Apabila kita (polis) dilabel sebagai (pro)Syiah, darah kita halal dan kita boleh dibunuh. Itu tindakan bahaya dan taktik inilah yang digunakan oleh kumpulan pengganas Daesh. Ia seolah-oleh memberi asas kepada penyokong kumpulan pengganas Daesh di negara ini untuk melakukan pembunuhan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri 'Seminar Pencerahan Isu-Isu Semasa Negara' yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini, hari ini.

Ayub berkata, tindakan pihak tertentu itu juga berkemungkinan untuk menimbulkan kebencian terhadap polis, KDN atau provokasi untuk menganggu usaha pihak berkuasa menentang kegiatan pengganas itu sehingga ke akar umbi di negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Anuar Othman menafikan kejadian kes tembak melibatkan tiga penjenayah yang mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah bank di daerah itu malam semalam mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

"Tiada kaitan langsung dengan Daesh, sebaliknya ia hanya kegiatan samun bersenjata api yang dilakukan oleh sekumpulan penjenayah," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai agar tidak panik dengan kejadian itu dan menurutnya polis sedang giat memburu suspek.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2016 2.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM