Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Komited Pastikan Tiada Langsung Bekas Militan Kembali Menyertai Kegiatan Keganasan

Diterbitkan: 26 Jan 2016 2.39 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 26 Jan - Polis akan terus memantau bekas militan yang berjaya dipulihkan untuk memastikan mereka tidak kembali menyertai kegiatan militan, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-komited-pastikan-tiada-langsung-bekas-militan-kembali-menyertai-kegiatan-keganasan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:43 MYT


Kuala Lumpur, 26 Jan - Polis akan terus memantau bekas militan yang berjaya dipulihkan untuk memastikan mereka tidak kembali menyertai kegiatan militan, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun.

Setakat ini, daripada 240 anggota Jemaah Islamiyah dan Al-Qaeda yang ditahan antara 2001 dan 2011, lima peratus atau 13 kes berulang dikesan, iaitu mereka yang kembali menyertai kegiatan lama atau ketenteraan, manakala 95 peratus kembali berintegrasi dengan masyarakat arus perdana, dengan sesetengah mereka menjadi ahli perniagaan terkemuka.

"Sembilan puluh lima peratus adalah angka yang mengagumkan, tetapi kami menyasarkan toleran sifar tentang isu ini, jumlah itu (lima peratus) adalah kecil sahaja, namun kami masih perlu memantau mereka. Kami sedang menambah baik modul kami untuk memastikan program pemulihan kami mencapai kejayaan 100 peratus," katanya pada sesi pleno Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan (IDC) 2016 di sini hari ini.

Mohamad Fuzi berkata selain melakukan pemantauan, 287 sesi program penerangan, yang menarik 57,000 peserta, diadakan di seluruh negara oleh polis dari pertengahan 2014 hingga tahun lepas.

Kata beliau, langkah itu diambil bagi mewujudkan kesedaran tentang bahaya tindakan Daesh yang menganjurkan jihad melalui keganasan.

"Sebelum ini, polis tidak pernah bergiat dalam libat urus seaktif ini dengan masyarakat," katanya.

Sambil menyifatkan pencegahan sebagai 'ibu' segala strategi dalam memerangi keganasan, beliau berkata polis, dengan kerjasama pelbagai agensi, akan terus melaksanakan langkah hiliran.

"Mungkin, langkah ini dapat memastikan orang ramai tidak akan terpengaruh oleh propaganda retorik yang disebarkan IS (Daesh), yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam dan ingin menubuhkan negara Islam sebenar," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2016 2.39 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM