Polis Kedah Minta Pemilik Senapang Angin Serah Senjata
Alor
Setar, 13 Sept - Polis Kedah hari ini meminta semua pemilik senapang
angin di negeri itu menyerahkan senjata berbahaya berkenaan di balai
polis berdekatan bagi mengelakkan mereka ditangkap.
Ketua
Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata ramai penduduk, terutama di
kawasan pedalaman, tidak tahu memiliki senapang angin adalah kesalahan
mengikut Akta Senjata Api 1971.
"Senjata
angin ini juga boleh mendatangkan kecederaan dan boleh membunuh dan
saya nasihatkan sesiapa yang memiliki senapang angin agar menyerahkan
kepada balai polis berhampiran dengan segera," katanya dalam sidang
media, di sini.
Beliau juga menegaskan orang ramai yang menyerahkan senjata itu secara sukarela tidak akan dikenakan tindakan.
Katanya
sejak Ops Cantas Khas dilancar hingga sekarang, polis Kedah telah
merampas 13 senapang angin dengan kes terbaharu membabitkan tangkapan
dua lelaki, berusia 20 tahun dan 30-an di Sik semalam.
Polis
merampas dua laras senapang angin daripada serbuan pukul 2.30 pagi dan
3.30 pagi itu, katanya, menambah polis percaya senjata terbabit
diperoleh dari negara jiran.
Mengenai
Ops Cantas Khas Kedah, Ahmad berkata setakat ini pihaknya menangkap 514
orang daripada 5,581 yang diperiksa, selain menahan 37 lelaki mengikut
Akta Pertubuhan 1966.
Sepanjang
tempoh itu juga polis merampas 22 kenderaan, empat pucuk pistol, tujuh
senapang tempur, 13 senapang angin, 12 parang panjang, sebilah pisau
spring, sebilah pisau bersarung, kerambit dan dua buku lima.
Polis
juga katanya mengetatkan kawalan di sepanjang jalan Sungai Petani-Bukit
Kayu Hitam selain pemeriksaan teliti terhadap individu yang bertatu.
"Kita
akan tahan mereka terutamanya mereka yang bertatu dan kita percaya
mereka guna laluan ini untuk masuk ke negara jiran bertujuan untuk
berkumpul. Operasi ini kita akan beri tumpuan di daerah Kota Setar,
Kubang Pasu, Kuala Muda dan Kulim," katanya.

Sumber : BERNAMA
Foto : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah