Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Kayuh Basikal 33km Dekati Masyarakat

Published: 18 Jun 2014 12.55 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Balik Pulau, 11 Sept - Seramai 50 anggota dan pegawai polis dari pelbagai cawangan Daerah Barat Daya hari ini berbasikal secara konvoi sejauh 33 kilometer bagi mendekati komuniti setempat di sini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kayuh-basikal-33km-dekati-masyarakat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:56 MYT

Balik Pulau, 11 Sept - Seramai 50 anggota dan pegawai polis dari pelbagai cawangan Daerah Barat Daya hari ini berbasikal secara konvoi sejauh 33 kilometer bagi mendekati komuniti setempat di sini.

Konvoi yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar itu bermula dari Jalan Balik Pulau, Jalan Titi Teras, Jalan Kuala Sungai Pinang, Jalan Sungai Burung serta meronda di sekitar kawasan kampung.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Mohd Hatta Mohd Zain berkata aktiviti itu bertujuan mengeratkan hubungan polis dengan komuniti setempat.

"Sambil mengayuh basikal kita akan singgah bertemu masyarakat sambil berbual dan menasihati mereka berkaitan amalan pencegahan jenayah, keselamatan diri, dan harta benda.

"Program hari ini juga sebagai acara simbolik bersempena majlis perpisahan Timbalan Ketua Polis negeri yang akan bertukar ke Selangor tidak lama lagi," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Abdul Rahim berharap program itu diteruskan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota polis.

"Lebih 20 kali saya menyertai program kayuhan basikal sebegini dan saya harap anggota polis kontijen Pulau Pinang tetap terus mengekalkan aktiviti sebegini," katanya.

Abdul Rahim dijadual melapor diri sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor berkuatkuasa minggu ini sementara Timbalan Ketua Polis Selangor sekarang, Datuk A. Thaiveegan akan menggantikan tempat beliau.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.55 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM