Polis Tahan Sembilan Pati Warga Kemboja Di Tok Bali
Kota
Bahru, 11 Sept - Polis menahan sembilan pendatang tanpa izin (Pati)
dari Kemboja yang dipercayai baru sahaja diseludup masuk melalui jalan
laut di Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.
Ketua
Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kesemua mereka
ditahan di sebuah pasar pada 11.30 pagi oleh sepasukan anggota dari Ibu
Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.
"Kesemua
lelaki itu berusia antara 20 dan 32 tahun dan ditahan kerana tidak
memiliki dokumen perjalanan sah. Mereka sedang menunggu seseorang yang
dipercayai ejen sindiket untuk membawa mereka ke destinasi lain.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Puteh untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini.
Kesemua Pati itu ditahan hasil risikan Unit Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Sumber : BERNAMA