Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Anggota Kumpulan 04 Antara Yang Ditahan Di Bukit Mertajam

Diterbitkan: 18 Jun 2014 12.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.42 PM
Bukit Mertajam, 11 Sept - Tiga anggota Kumpulan 04 antara enam orang yang ditahan di sebuah rumah di Machang Bubuk di sini awal pagi semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anggota-kumpulan-04-antara-yang-ditahan-di-bukit-mertajam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:02 MYT

Bukit Mertajam, 11 Sept - Tiga anggota Kumpulan 04 antara enam orang yang ditahan di sebuah rumah di Machang Bubuk di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 29 tahun termasuk seorang wanita ditahan kira-kira 5.40 pagi.

"Bertindak hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota JSJ Kontijen Pulau Pinang dan Daerah Seberang Perai Tengah menyerbu rumah berkenaan dan menahan enam orang itu.

"Hasil siasatan mendapati tiga daripada mereka merupakan anggota kongsi gelap Kumpulan 04 dan turut menemui selaras senapang palsu.," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua mereka terbabit dengan aktiviti jenayah. Beberapa lagi anggota kumpulan berkenaan sedang dikesan, katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 12.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.42 PM