Polis Jumpa Kabel Tong Gas Curi Bernilai Rm30 000
George
Town, 18 Jan - Polis menemui kabel Telekom dan Tenaga Nasional Berhad
(TNB) serta 17 tong gas dipercayai dicuri di sekitar Bayan Lepas dalam
serbuan di sebuah stor di Permatang Damar Laut, di sini hari ini.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Lai Fah Hin berkata hasil risikan dan
maklumat awam polis menahan seorang lelaki berusia 40-an dipercayai
pembeli kabel itu sebelum membongkar stor berkenaan pada pukul 10 pagi
ini.
"Ketika
serbuan berkenaan kita menahan dua lagi pekerja lelaki berusia 18 dan 27
tahun dalam stor yang juga menjadi tempat mengumpul barangan lusuh
serta kitar semula," katanya kepada pemberita.
Beliau
berkata dalam serbuan itu polis turut menjumpai 17 tong gas dipercayai
dicuri dari gerai makan oleh penagih dadah dan warga asing sebelum
dijual dengan harga rendah.
Lai
berkata kesemua kabel seberat lebih 100 kilogram dan tong gas berkenaan
dianggar bernilai RM30,000 dan polis sedang menyiasat dari siapa
barangan curi itu diperoleh.
Katanya
ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga
lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sumber : BERNAMA