Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pusat Operasi Along Diserbu

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.03 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.34 PM
Enam lelaki ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Bandar Bukit Puchong dalam satu Ops Cantas Khas dan Ops Vulture yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-operasi-along-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:43 MYT

Enam lelaki ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Bandar Bukit Puchong dalam satu Ops Cantas Khas dan Ops Vulture yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Chong Mun Phing dalam sidang media yang dijalankan berkata rumah tersebut dipercayai dijadikan sebagai pusat urusan pemberi pinjaman wang tidak berlesen.

Hasil pemeriksaan terhadap rumah tersebut menjumpai beberapa dokumen seperti buku nota senarai peminjam, resit urus niaga bank, cek, salinan fotostat kad pengenalan peminjam serta 45 ribu risalah yang menawarkan pinjaman.

Pusat Operasi Along Diserbu
Pusat Operasi Along Diserbu

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.03 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.34 PM