Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penangkapan Penganggur Selesai 40 Kes Curi Motor Di Kangar

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.04 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Kangar - Seorang penganggur yang menyara hidup dengan kegiatan mencuri motosikal sejak enam tahun lalu akhirnya tertangkap dalam Operasi Lejang pada 13 Januari lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penangkapan-penganggur-selesai-40-kes-curi-motor-di-kangar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:26 MYT

Kangar - Seorang penganggur yang menyara hidup dengan kegiatan mencuri motosikal sejak enam tahun lalu akhirnya tertangkap dalam Operasi Lejang pada 13 Januari lalu.

KPD Kangar SUPT Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, lelaki bujang berusia 33 tahun itu ditangkap di rumahnya di Sungai Batu Pahat di sini pada pukul 10.30 malam.

"Turut ditemui di rumah suspek ialah dua buah motosikal curi jenis Honda Wave dan sebuah bateri jentera mesin padi yang bernilai RM1,500" katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Suspek bersama seorang lagi rakan yang masih diburu menyasarkan motosikal yang dicuri dilelakkan di bangunan atau kawasan yang tidak dipasang dengan televisyen litar tertutup (CCTV).

"Suspek akan mengumpil tempat kunci motosikal menggunakan 'alien key' yang diubah suai sebelum menghidupkan motosikal curi untuk dibawa ke rumahnya.

"Seorang lagi suspek yang dipercayai seorang lelaki dalam lingkungan umur yang sama akan membantu menghantarnya kembali ke lokasi kejadian untuk dia mengambil motosikal miliknya.

"Penahanan suspek ini dapat menyelesaikan 40 kes kecurian motosikal di Kangar sepanjang enam tahun yang dipercayai melibatkan 100 buah motosikal jenis Honda Wave dan Honda EX5," katanya.

Penangkapan Penganggur Selesai 40 Kes Curi Motor Di Kangar
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.04 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM