Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40

Published: 10 Jun 2014 12.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lima pingat emas PDRM telah disumbangkan oleh Othman Yahya dalam kategori Light Heavy Weight, Mohayan Rosmani (Middle Weight), Ismail Riji (Heavy Weight), Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Light Weigh..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-johan-keseluruhan-kejohanan-bina-badan-peringkat-kebangsaan-ke-40
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:22 MYT
Johor Bahru - 26 Julai 2009. Sukan Bina Badan merupakan satu aktiviti sukan yang dapat mendisiplinkan diri seseorang khususnya dari segi pemakanan yang sihat dan latihan ke arah kecergasan serta kesihatan tubuh badan. Diperingkat kebangsaan, kita mempunyai atlet bina badan yang bertaraf dunia dan ini pastinya mampu menarik minat generasi muda untuk menceburi kegiatan sukan ini dengan matlamat memantapkan kesihatan diri dan memperolehi kejayaan dalam sukan ini di persada antarabangsa. Kejohanan ini juga dapat dijadikan landasan untuk memilih jaguh-jaguh bagi mewakili negara untuk menempah nama dalam kejohanan peringkat antarabangsa seperti Sazali Samad dari PDRM yang telah mengharumkan nama Malaysia.

Atlet bina badan yang terbaik pada kejohahan ini akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Bina Badan Peringkat Asia Tenggara dan Sukan Asia  yang akan diadakan di Thailand pada bulan Ogos ini. 

Kejohanan Bina Badan  Peringkat Kebangsaan Ke-40 (Mr. Malaysia 2009) telah berlangsung di Ballroom 1, Hotel New York, Johor Bahru yang bermula dari 25-26 Julai 2009.  Hadir di kejohahan tersebut ialah Y.Bhg. Dato' Zulkifli bin Embung, Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia, Y.Bhg. Datuk Wira Gan Boon Leong, Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Y.Bhg. Mej. Jen Dato' Dr. Ahmad bin Badrus (B), Pengerusi MBBF, YB Ayub bin Rahmat  Naib Presiden MBBF dan Presiden Bina Badan dan Angkat Berat Johor, Tuan Haji Ismail bin Abd Rahman, Pengarah MSN Johor dan tetamu jemputan.

Kejohanan ini menyaksikan lebih 128 orang 'kuat' mempamerkan kejaguhan mereka untuk mengondol 12 pingat emas yang dipertandingkan. Sebanyak 14 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ini  di mana 12 kategori akan dipertandingkan  iaitu dua kategori junior, satu kategori master dan sembilan kategori terbuka.  

Acara yang dipertandingkan ialah Junior Light Weight - 70 kg ke bawah, Junior Welter Weight - 70 kg ke atas, Master - 45 tahun ke atas, Light Fly Weight - 55 kg ke bawah, Fly Weight - 55.1 kg - 60 kg, Bantam Weight - 60.1 kg - 65 kg, Light Weight - 65.1 kg - 70 kg,  Welter Weight - 70.1 kg - 75 kg, Light Middle Weight - 75.1 kg - 80 kg, Middle Weight- 80.1 kg -85 kg, Light Heavy Weight - 85.1 kg - 90 kg dan Heavy Weight - 90.1 kg ke atas.

Polis Diraja Malaysia sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan, Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-40 (Mr. Malaysia 2009) dengan merangkul 5 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa. Jumlah pungutan markah yang berjaya dikumpul oleh PDRM ialah sebanyak 113 mata, mengalahkan pasukan Sabah di tempat Kedua (82 mata) dan Wilayah Persekutuan di tempat Ketiga (43 mata).

Lima pingat emas PDRM telah disumbangkan oleh Othman Yahya dalam kategori Light Heavy Weight, Mohayan Rosmani (Middle Weight), Ismail Riji (Heavy Weight), Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Light Weight) dan Ibrahim Shadan (Light Middle Weight). Pingat perak pula diperolehi daripada Azahar Mohamad dalam kategori Welter Weight dan gangsa melalui Wong Langit dalam kategori Fly Weight.

Seramai lima atlet dari PDRM, satu dari ATM dan satu dari Selangor telah terpilih mewakili Malaysia dan C/Insp Gazali bin Yunus dari PDRM telah dipilih sebagai Pengurus Pasukan. Selain itu, SM Kisminder Singh , Pengadil Antarabangsa dari PDRM juga telah dipilih mewakili Malaysia untuk mengadili pertandingan tersebut.

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
Pasukan Bina Badan PDRM bergambar kenangan sebelum bertanding...

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
Barisan seramai 25 orang pengadil yang diketuai oleh SM Kisminder Singh selaku Ketua Pengadil..dua dari kanan

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
Wong Langit (kanan) menduduki tempat ketiga dalam acara Fly Weight

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
dari kiri..Azahar Mahamad di tempat Kedua dan Amir Nordin di tempat Kelima dalam kategori Welter Weight

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
Mohayan Rosmani (no 103), Johan dalam kategori Middle Weight

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
Mohd Syarul Azman Mahen, Johan kategori Welter Weight menerima pingat dan piala dari Y.Bhg. Datuk Wira Gan Boon Leong, Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
Johan Light Middle Weight 75-80 kg, Ibrahim Shadan (no 99)

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
No 116, Othman Yahya Johan kategori Light Heavy Weight 85-90 kg

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
Ismail Riji Johan kategori Heavy Weight 90 ke atas

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
Juara antara Juara di ungguli oleh Mohd Azam Abdullah (dua dari kiri) dari Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Negeri Johor.

Polis Johan Keseluruhan Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke 40
(tiga dari kanan)...C/Insp Gazali bin Yunus, Pengurus Pasukan Bina Badan PDRM menerima piala Johan Keseluruhan dari Y.Bhg. Datuk Wira Gan Boon Leong, Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia
ArticlePublished 10 Jun 2014 12.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM