Kepimpinan Pdrm Di Masa Hadapan Weekend Talk
Maktab PDRM, Kuala Lumpur - 25 Julai 2009 (Ahad). Satu program 'Weekend Talk' dengan tajuk "Kepimpinan PDRM Di Masa Hadapan" telah diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur yang bermula dari 24 hingga 25 Julai, 2009. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) di atas aspirasi Yang Dihormati Ketua Polis Negara.
Objektif 'Weekend Talk' ini adalah untuk mendapatkan idea dan pandangan daripada pemimpin-pemimpin pelaksana mengenai hala tuju kepimpinan PDRM untuk masa hadapan serta mempersiapkan pasukan mengenai keperluan-keperluan latihan dan pengembangan kepimpinan PDRM masa hadapan.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dihormati Ketua Polis Negara dan disusuli dengan pembentangan oleh 8 kumpulan yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri serta Komandan dan Komander Pusat Latihan dan Briged. Pengarah-pengarah Jabatan PDRM telah bertindak selaku moderator dengan 8 topik yang telah ditetapkan iaitu:
1. Bentuk Pasukan Polis Yang Anda Kehendaki
2. Bagaimana Anda Mengurus Pasukan Polis
3. Perhubungan Polis Dengan Media
4. Perhubungan Polis Dengan Masyarakat
5. Mengubah Persepsi Negative Masyarakat Terhadap Pasukan Polis
6. Keunikan Cabaran Polis
7. Perubahan Minda
8. Intisari Penugasan Polis

YDH DCP DAto' Acryl Sani Bin Abdullah Sani sedang berbincang bersama ahli kumpulannya mengenai tajuk yang akan dibentangkan.

YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan di dalam sesi dialog bersama peserta Sesi Weekend Talk.

Berbincang...YDH SAC I Dato' Isa Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin, YDH SAC II Dato' Mohd Rusli Ahmad, Urus Setia KPN (Penyelidik/Pembangunan) dan YDH SAC I Dato' Osman bin Hj. Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan

Moderator...

YDH DCP Dato' Wira Ayub Hj. Yaakob bersama Kumpulan III, membentangkan tajuk 'Perhubungan Polis Dengan Media'

'Perubahan Minda' pembentangan tajuk yang disampaikan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene dari Kumpulan VII